Fakta Saintis Barat
1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu
Fakta Al-Quran-1
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami
sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman:
“Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan
yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami
tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana”.
Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua
kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu
kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada
kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku
mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan
(ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri
hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan
yang kafir.
(Al-Baqarah- Ayat 30-34)
BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM
ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN
ILMU ALLAH.
Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan
Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul
pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama
“Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima
keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya
sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan
atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta
mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana
mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk
menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil
harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa
di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak
menentukan pilihan jodohnya.
Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh
ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil
datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya
yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil
dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan
dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.
BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA
SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG
PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA
YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.
Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah
meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid
yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab:
“Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah
SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara
keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat
puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana
ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid
tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram
dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.
MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.
Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai
disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang
dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan,
matematik, ilmu astronomi.
SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU
ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU.
MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?
Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan
pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana
kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu
terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd
segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang
menyesatkan.