Sebuah
masjid yang diperbuat daripada ais akan dibina berhampiran Ice Hotel,
Jukkasjarvi, utara Sweden. Menurut perancangan, kedudukan masjid
tersebut akan dibina berdekatan dengan bangunan gereja ais yang telah
dibina sebelum ini.
Ketua
CEO Ice Hotel, Yngve Bergqvist, mengatakan perancangan pembangunan
masjid ais wujud daripada kebebasan beragama di Jukkasjarvi.
“Pembangunan
gereja ais telah menarik minat pengunjung untuk datang. Malah 150
pasangan memutuskan untuk berkahwin di gereja ini,” katanya seperti
dipetik dalam thelocal.com.
Bergqvist
akan memastikan pembangunan masjid bukan semata-mata untuk kepentingan
komersil melainkan untuk meningkatkan penyampaian maklumat tentang
Islam. “Pengunjung bakal datang dari pelbagai negara. Kami fikir sungguh
bagus jika boleh membina masjid setelah sebelum ini membina geraja,”
katanya.
Bergqvist mengharapkan bagunan masjid ais ini akan siap sepenuhnya tahun ini.
Imam
Mahmoud Aldebe berharap pembinaan masjid ais dapat memberikan kesan
berupa pemahaman yang benar mengenai Islam. Sebab, sebahagian
pengetahuan masyarakat Sweden mengenai Islam terlalu sedikit. “Idea ini
tidak lah terlalu kontroversi. Harapannya, tentu memudahkan kami
(komuniti Muslim) untuk berdialog dengan masyarakat Sweden,” katanya.
Aldebe
mengatakan tiada masalah mengenai kedudukan masjid berada berhampiran
dengan gereja. Baginya, dengan kedudukan masjid berhampiran gereja akan
memudahkan dialog antara budaya dan agama. “Mungkin imam yang bertugas
akan memberitahu kepada tetamu mengenai Islam.