Sejak zaman berzaman, ahli sarjana masyarakat barat begitu mengagung-agungkan hasil-hasil binaan yang disifatkan sebagai lambang ketamadunan yang maju dan menyenaraikannya sebagai salah satu keajaiban dunia.
Sejak
dari kecil, kita dimomokkan bahawa Tembok Besar di China, Taman
Tergantung Babylon di sempadan Iraq, Piramid Giza di Mesir, Taj Mahal di
India, Candi Borobodur di Pulau Jawa, Angkor Watt di Kemboja dan Menara
Condong Pisa di Itali sebagai tujuh benda ajaib di dunia.
Namun,
tidakkah terlintas di fikiran kita bahawa rumah Allah, Kaabah,
merupakan satu keajaiban dunia yang tiada tolok bandingnya dan tidak pun
disenaraikan oleh sarjana-sarjana itu berbanding keajaiban-keajaiban
lain.
Menurut
golongan ulama dan pakar sejarah Islam, Kaabah yang terletak di dalam
kawasan Masjidil Haram di Mekah pertama kali dibina di atas dunia oleh
manusia pertama yang diturunkan Allah di muka bumi ini iaitu Nabi Adam
AS.
Perkara
tersebut dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan
diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa Nabi Adam mengerjakan tawaf di
keliling Kaabah sebanyak 40 kali.
Selain
itu, Kaabah yang juga digelar sebagai Baitullah atau Baitul Ateeq itu
dikatakan telah dibina semula sebanyak 11 kali lagi dan di antara yang
membinanya ialah Nabi Syith AS, Nabi Ibrahim AS, kaum Amaliqah, kaum
Jurhum, Qusai Ibnu Qilab, dan datuk kepada Rasulullah SAW, Abdul
Muttalib Ibnu Hasyim.
Kaabah
yang dilanda banjir besar pada tahun 605 Masihi telah dibina oleh empat
ketua suku kaum Quraisy bersama Muhammad SAW Al-Amin yang meletakkan
posisi batu Hajarul Aswad ketika Baginda berumur 35 tahun, lima tahun
sebelum diangkat menjadi Rasul.
Seterusnya,
rumah Allah itu juga pernah dibina oleh seorang sahabat, Abdullah Ibnu
Zubair RA pada tahun 64 Hijrah, Hajjaj Ibnu Yusuf At-Thaqafi pada tahun
74 Hijrah dan Sultan Murad Khan pada tahun 1040 Hijrah.
Menurut
reka bentuk Kaabah ketika di bina oleh Nabi Ibrahim AS dan anaknya,
Nabi Ismail AS, rumah Allah itu berukuran 48 kaki 6 inci bagi Dinding
Timur, Dinding Barat 46.5 kaki, Dinding Hatim 33 kaki, manakala dinding
antara Hajarul Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki.
Binaan
suci ini yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter itu,
mencetus keajaiban teragung apabila jutaan umat Islam di dunia sujud
kepadaNya setiap saat dan masa sejak di zaman Rasulullah SAW lagi.
Antara
keajaiban Kaabah yang tiada pada benda keajaiban dunia lain ialah
sebiji batu besar yang asalnya berwarna putih dan dinamakan sebagai
Hajar Al-Aswad yang bermakna ‘batu yang berwarna hitam’ setelah batu
yang dikatakan dibawa dari syurga itu bertukar ke warna hitam
kemudiannya.
Selain
itu, Kaabah turut dibina dengan ‘pakej ajaib’ dengan melengkapkan
binaan itu dengan sebuah telaga Zam-Zam yang bermaksud
‘berkumpullah..berkumpullah’, yang tidak pernah kering-kering sejak
dibina sejak di zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail lagi.
Memakmurkan
rumah Allah, puluhan juta umat Islam akan berkumpul mengelilingi Kaabah
bagi menunaikan rukun Islam kelima, menunaikan haji, di mana hanya
mereka-mereka yang terpilih sahaja yang akan mendapat ‘surat jemputan’
dari Allah SWT sebagai ‘tetamu’Nya setiap tahun.
Subhanallah!
Beruntunglah kepada sesiapa yang pernah mendapat ‘surat jemputan’ itu
untuk menjadi tetamu Allah di rumahNya memandangkan ramai yang kaya raya
dan berkemampuan pun tidak pun bernasib baik menerima ‘surat’ itu.
Semoga
kita semua, umat Islam, diberikan kemudahan dan lorongan dari Allah
untuk menjadi tetamuNya sebelum uzur dan ajal menjemput kita menemuinya.