Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Sunday, October 21, 2012

Pass The Test

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah..dipanjatkan kepada Allah S.W.T..
masih diberi nyawa untuk meneruskan hidup pada hari ni...
so boleh laa aq post entry untuk hari ni.. :)



Ape citer?? Hehe..kegembiraan + kelegaan dihati selepas dapat tahu result..
exam untuk jawatan SPA yang berlangsung 15 September 2012

Tapi masih panjang perjalanannya..dan masih menunggu untuk keputusan terakhir..
Going for last interview on date will be annouce soon.. Hope you all pray for my success :)


Tak semua orang yang apply melalui SPA ni akan dapat..
aq punya pun ambil masa setahun lebih..even dah pernah dapat tawaran dulu..
2x kali dapat tawaran tapi terpaksa tolak..sebabnya..
1st- dapat tawaran masa ngah final exam 1st year on diploma dulu
2st-dapat tawaran last of second year

So terpaksa laa tolak semuanya..
alhamdulillah..SPA xmuak nak beri tawaran seterusnya kat aq..hehe

So result exam untuk pengetahuan am aritu keluar on 20st of october..
iaitu semalam ler..hehe..and this is my result :)




♥ [̲̅G̲̅][̲̅O̲̅][̲̅M̲̅][̲̅O̲̅] [̲̅K̲̅][̲̅E̲̅][̲̅L̲̅][̲̅A̲̅][̲̅T̲̅][̲̅E̲̅] [̲̅G̲̅][̲̅O̲̅][̲̅M̲̅][̲̅O̲̅] ♥



sebelum tu..ongrat to TRW..as a winner for Malaysia Cup 2012 
hehe..berdebar-debar tengok match malam tu..even tengok sendirian kat tempat kerja...
then sambung tengok kat umah plak..orait..see u next entry...
Assalamualaikum..

Friday, October 19, 2012

Move To New Place

Assalamualaikum..Selamat Pagi Jumaat Sumer..Semoga Kalian Di Berkati Sentiasa Oleh Allah S.W.T :)

Kali ni..den nak kongsi new story of my new place in my Career :)
Hari ni 19 October 2012.. dah masuk 8Bulan 12Hari berada di Hospitality Career..
Dari Front Office Assistant move to Club Floor Assistant (bkn naik pangkat pun :p)
Department-nye same jer..just title + enviroment kerja je yang lain sikit..
bila dah move ke tempat yang baru ni..so faham2 jerla..sumenye baru kat sini..
dah laa knowledge sal hospitality pun xde..hehe..so kena bermula dari bawah ler sume..

Dipendekkan cerita..sebab malas nak taip panjang.. worktime dah berubah..no more overnight shift..!!
Hipppiii!!!! :D Penat woo kerja overnight..tapi tensionya kurang..mintak2 korang faham laa ye :)

Banyak kerja kena buat sendiri.. dan yang penting..kerja sendirian setiap shift..!! Arghh..
Kadang2 akan membuatkan diriku tension..haha
Xpe2.. bak kate orang..kerja jangan tension..kite kena happy2 bila time keje..
jangan terlalu happy sudah..nanti dapat surat dari Boss..haha..

Everyday kena handle Hi-tea and Dessert..
starting from  :-

5.30 pm - 7.30 pm  --> Hi-tea
7.30 pm - 9.00 pm --> Dessert

Sejak bertugas kat sini.. time rehat pun dah xturun makan kat cafe..
sebat je makanan yang ada kat atas tu.. (opss..terkantoi) :D

antara juadah waktu Hi-tea dan Dessertnye.. haa tengok kat bawah ni..

| |
| |
| |
 \/











Haa.. jangan telan air liur je..lau nak rase..mai sini ler yer.. :p
korang jangan tanya ape nama sumer tu..sebab aq sendiri pun xtahu..hehe
yang atas tu sume dessert.. yang makanan untuk hi-tea aq xsnap..
sebab xsempat + malas.. next entry aq post lagi yer..
setakat ini dahulu.. Chow..!! :D

Wednesday, October 17, 2012

Rasulullah Menegur Sahabat Yang Ketawa


Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.”
Oleh tiu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur berkata, “Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.“Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku.”
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.

Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)

Keterangan:
Takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan memberi manfaat.


Hikmah Larangan Bernafas Ketika Minum




Assalamualaikum..entry kali ni aku nak berkongsi dgn kwn2 pasal hikmah kita menahan nafas ketika minum..xkisah laa korang minum apa jenis air pun..asalkan minum..HALAL je tau!!  :)

Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, “Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu.” (HR. Bukhari)

Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas).”

“Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya.” (HR. Bukhari).

Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.

Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, “Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain.”

Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak.