Move For Better Future

28-March-2013(Friday):::>> Welcome to my Blog : BuDark PeRanTau - Move For Better Future

Ada masalah kewangan?? Jangan risau..klik disini dan jana pendapatan anda sendiri..jangan risau ini bukan sekadar iklan..klik dan daftar sekarang..!

Sunday, March 3, 2013

Amalan Yang Berterusan



-Assalamualaikum-

Walaupun kita telah meninggal dunia, masih lagi kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Dengan apa cara sekali pun, Allah tetap akan menghitung segala kebaikan atau kesalahan kita walaupun ianya sebesar zarah. Dan cara paling mudah untuk kita mendapatkan ganjaran pahala di kemudian hari antaranya :-



  • Memasang kipas di surau/masjid walaupun sekali, setiap kali orang menggunakannya anda akan mendapat pahala
  • Menderma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit menggunakannya anda akan mendapat pahala.
  • Memberikan baju kepada orang yang memerlukan (anak yatim/orang miskin dan lain-lain). Setiap kali mereka memakainya, anda akan mendapat pahala.
  • Memberi makan kepada orang, anda akan mendapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
  • Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan ilmu tersebut,anda akan mendapat ganjaran pahala.

Kongsikan mesej ini kepada semua semoga ianya dapat dijadikan amalan dan semoga perkongsian ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

 "Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang mendokan untuknya." -Hadis Riwayat Muslim-


--Thanks for Visit--

No comments: